Khamis, 17 Disember 2009

Bahasa Istana

Glitter Graphics
[Glitterfy.com - *Glitter Graphics*]

Fahami dan kenali beberapa bahasa istana berikut:

Santap - makan
beradu - tidur
gering - sakit/uzur
bersiram - mandi
bertitah - berkata
mangkat - meninggal dunia/mati

Latihan 1 - Kata Kerja



Salin ayat di bawah. Pilih kata kerja yang paling tepat bagi soalan di bawah.

1. Imam Masjid Othmaniah itu sedang...........(mengaminkan,membacakan) doa sempena majlis kesyukuran Maal Hijrah.
2. Suasana menjadi hiba apabila jenazah itu mula..........(dibawa,diusung) ke tanah perkuburan.
3. Mak Siti sedang ............(meraut, mengait) lidi untuk dijadikan penyapu.
4. Daging lembu itu perlu................(diperap, direndam) dengan bahan-bahan seperti kunyit, garam dan serai sebelum dipanggang.
5. Sebelum menumis kita perlu...............(meratah, meracik) bawang merah dan putih sebagai perencah masakan.
6. Ali.............(menuntun, menonton) basikalnya kerana tayar basikalnya bocor.
7. Setiap minggu Kak Lijah akan...............(mengelap,menggilap) barangan tembaganya supaya kelihatan bersinar sentiasa.
8. Air yang tumpah di atas meja perlu.................(dilap,dikesat) supaya kering dengan menggunakan kain.
9. Rambut Suraya yang panjang itu perlu............(dijalin, ditekat) supaya kelihatan rapi.
10. Baju yang dipakainya agak.............(menjolok, menyelakkan) mata hingga menjadi bualan orang lain.
11. Tukang masak itu sedang................(menanak, merendang) daging untuk hidangan majlis perkahwinan.
12. Untuk membuat roti canai, tepung perlu.............(diuli, dicanai) untuk menjadikan dohnya lembut dan gebu.
13. Nenek Sarah sedang ......................(mengukur,menyabit) kelapa untuk dibuat kerisik.
14. Ranting-ranting pokok itu perlu................(dipangkas, dicantas) supaya menjadi lebih rendang.
15. Parang yang telah.....................(dikikis, diasah) itu amat tajam dan berkilat.

Ahad, 13 Disember 2009

Penggunaan " di" dekat dan "di' jauh

Bagaimana dan bilakah pelajar semua menulis frasa kata dengan menggunakan "di" yang didekatkan dan "di" yang dijarakkan.

Mudah sahaja.................

"di" dekat ditulis ketika disambung dengan KATA KERJA(PERBUATAN)
Contoh : tulis - ditulis, makan -dimakan, kejar- dikejar.......
Apa sahaja kata kerja yang ingin ditulis,maka di perlu didekatkan.

Untuk "di" yang dijarakkan....lihat contoh di bawah.
di sana, di dalam,di barat, di hidung.....
Jika diperhatikan : "di" yang dijarakkan ialah kata yang selain daripada KATA KERJA, seperti kata arah dan kata sendi.

Kesimpulannya : "di" perlu didekatkan sekiranya melibatkan KATA KERJA(diracun, digilis, ditegur, dibuang, dilempar, diperhatikan.....dll)
Manakala "di" yang dijarakkan melibatkan frasa kata SELAIN daripada KATA KERJA.

Khamis, 10 Disember 2009

Simpulan Bahasa 1

Fahami dan bina ayat sendiri berdasarkan himpunan Simpulan Bahasa di bawah:

1. Kaki ampu : orang yang suka memuji/membodek bagi tujuan mendapatkan sesuatu.
2. Patah kandar : orang yang kehilangan tempat bergantung(contoh -kematian ibu atau bapa)
3. Pecah tembelang : rahsia yang sekian lama tersimpan akhirnya terbongkar.
4. Muka dua : orang yang menyebelahi kedua-dua pihak (musuh dan rakan)
5. Lipas kudung : menyiapkan sesuatu dengan begitu cepat/pantas/laju.
6. Bodoh sepat :orang yang berpura-pura bodoh.
7. Bunga dedap :Wajah perempuan yang cantik tetapi buruk hati/perangai.
8. Cakap besar : Orang yang suka memuji kebolehan diri sendiri tetapi sebenarnya tidak seperti yang diharapkan.
9. Telinga nipis :orang yang mudah marah apabila mendengar sesuatu yang tidak disukai.
10. Wang rusuk :rasuah.
11. Quran buruk : Seseorang yang dahulunya berkuasa, berpengaruh atau berpangkat tetapi kini tidak lagi.
12. Jiwa besar : bercita-cita tinggi, mempunyai impian yang besar.
13.Gulung tikar : Muflis (bankrap), rugi dalam sesuatu perniagaan.
14. Harga pokok : harga asal / harga modal sebelum jualan.
15.Senapang bambu :orang yang nampak garang/berbahaya sebebarnya tidak.

Baiklah setakat ini sahaja catatan cikgu.....moga pelajar semua dapat mempelajari sesuatu kali ini.....

Rabu, 9 Disember 2009

Bahan bacaan




Selain buku teks, rujukan ,buku cerita dan novel terdapat beberapa bahan yang boleh menambahkan input dalam pengetahuan bahasa anda. Pernahkah anda melanggan malajah E-Baca, Kuntum, Dewan Pelajar dan lain-lain.
Pembacaan harus diperluaskan jika mahukan pengetahuan yang luas.Bukalah minda...jadikan pelajar yang pintar.... MEMBACA KUNCI / IBU PENGETAHUAN DAN KEJAYAAN...

Tips 1 -'antara' dan 'dalam'

Tahukah pelajar semua...tidak semua ayat boleh menggunakaan antara dan di antara atau dalam dan di dalam sesuka hati.

Mari pelajari sesuatu....

Penggunaan perkataan - antara dan di antara-
1. Antara Lina dan Rina,Linalah paling rajin.
2. Pertarungan antara Kiara dan Fatimah belum berakhir untuk mendapatkan sijil kejurulatihan sukan renang.

Bandingkan ayat di bawah..

1. Rumah Sarah terletak di antara rumah Zana dan rumah Linda.
2. Buku itu terletak di antara almari dan meja.

Jika di perhatikan...antara digunakan ketika menghubungkan (kata sendi nama), manakala di antara digunakan ketika menunjukkan arah/kedudukan/lokasi (kata arah)..

Penggunaan - dalam dan di dalam-

1. Dalam pertemuan itu,Siti begitu gembira.
2. Saya juga terlibat dalam perbincangan itu.

Bandingkan ayat seterusnya...

1. Buku itu dijumpai di dalam beg.
2. Di dalam kereta itu terdapat seorang kanak-kanak yang sedang menangis.

Perhatikan ; penggunaan dalam menunjukkan kata sendi nama, manakala penggunaan di dalam menunjukkan arah/tempat/lokasi (kata arah).

Kesimpulan : Di dalam dan Di antara digunakan hanya melibatkan kata arah sahaja.

Contoh Karangan 1 - Surat tidak rasmi

CONTOH SURAT TIDAK RASMI

Perlu dingat :

1. Alamat sebelah kanan,tak perlu tulis nama dan ditulis dalam garisan lurus : Contoh
No.10,Jalan Suria 3,
Taman Lagenda Suria,
64000 Hulu Langat,
Selangor
2. Bawah alamat ialah tarikh : Contoh - 3 September 2009 ( Bulan ditulis dengan huruf kecil)
3.Kata Panggilan /Panggilan Hormat(saudari ,bonda, ayahanda, kakanda, adinda,nenda)
4.Tujuan surat ditulis (kiriman/balasan)
5.Tandatangan sebelah kanan.


sila layari web di bawah untuk melihat contoh-contoh karangan surat tidak rasmi. http://karangan.upsr.net
seperti pada pautan web.

Kertas 2- Penulisan



Untuk pengetahuan pelajar semua....
Terdapat 3 bahagian dalam kertas 2
Bahagian A - Lima ayat lengkap...berdasarkan gambar/carta/jadual atau rajah.
Bahagian B - Karangan (Pilih 1 daripada 3 karangan)
Bahagian C - Menuliskan 5 pengajaran / nilai daripada petikan/sajak/pantun/cerita dll.

Markah: Bahagian A ( 10 markah), Bahagian B ( 30 markah) dan bahagian C (20 markah)

Cara Pemarkahan Bahagian A:
Cara penandaan bagi bahagian A adalah holistik bukan satu ayat 2 markah,...bergantung kepada susunan, gramatis ayat, kata adjektif atau kata kerja yang berkaitan dengan soalan yang diberi. Ini tergantung kepada band/ julat markah tinggi, sederhana ataupun rendah.

Permarkahan bahagian B:
Masih memberi penekanan aspek tatabahasa, ejaan, struktur, imbuhan yang melibatkan 15 markah manakala isi yang baik juga 15 markah.

Permarkahan Bahagian C:
Jumlah markah ialah 20 markah. Harus mempunyai 5 nilai/pengajaran yang berkaitan. Terkini jumlah perkataan tidak melebihi 50 patah perkataan.Maka ayat perlu dibina ringkas, tepat dan padat.

Untuk Pelajar Semua...

Hari ini cikgu akan memulakan satu perubahan, dimana blog akan menjadi satu medium proses pengajaran dan pmbelajaran anda...Moga ia dapat membantu anda untuk lebih berjaya dan cemerlang.