Ahad, 13 Disember 2009

Penggunaan " di" dekat dan "di' jauh

Bagaimana dan bilakah pelajar semua menulis frasa kata dengan menggunakan "di" yang didekatkan dan "di" yang dijarakkan.

Mudah sahaja.................

"di" dekat ditulis ketika disambung dengan KATA KERJA(PERBUATAN)
Contoh : tulis - ditulis, makan -dimakan, kejar- dikejar.......
Apa sahaja kata kerja yang ingin ditulis,maka di perlu didekatkan.

Untuk "di" yang dijarakkan....lihat contoh di bawah.
di sana, di dalam,di barat, di hidung.....
Jika diperhatikan : "di" yang dijarakkan ialah kata yang selain daripada KATA KERJA, seperti kata arah dan kata sendi.

Kesimpulannya : "di" perlu didekatkan sekiranya melibatkan KATA KERJA(diracun, digilis, ditegur, dibuang, dilempar, diperhatikan.....dll)
Manakala "di" yang dijarakkan melibatkan frasa kata SELAIN daripada KATA KERJA.

43 ulasan:

  1. Kalau di bawah peruntukan Projek Transformasi.... ayat di bawah tu didekatkan atau jarak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarak...sebab bukan kata kerja.. ''Bawah'' tu bukan kata kerja

      Padam
    2. Betul tu,kene jarak di bawah

      Padam
  2. Bayaran ke atas atau keatas tuntutan perkhidmatan membekal peralatan.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat, kerana ia merujuk kepada kata kerja,

      Padam
    2. tidak sesuai jika ke atas, lebih baik guna 'kepada'

      Padam
  3. kearah atau ke arah? please jawab urgent

    BalasPadam
  4. kearah atau ke arah ? urgent urgent sedang menyiapkan tugasan laporan ni..harap membantu thanks

    BalasPadam
  5. cikgu...di radio dan di televisyen macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di radio sbb bukan kata kerja. Sama la tv sbb benda tak melibatkan suatu tindakan

      Padam
  6. Ditandatangan atau di tanda tangan

    BalasPadam
  7. Ali menyimpan duit ke dalam tabung
    Ali menyimpan duit di dalam tabung
    Yang mana betul cikgu

    BalasPadam
  8. Di sekitarnya atau disekitarnya? Saya kelirulah... jika dilihat, sekitar merujuk kpd tempat. Adakah ianya ditulis berjauhan atau dekat?

    BalasPadam
  9. Diatas kecemerlangab ka di atas kecemerlangan

    BalasPadam
  10. Nak tanya. Ayat ( ' di bahu / di bawah ' jalan ) . Dibahu / dibawah ke atau di bahu / di bawah

    BalasPadam