Khamis, 25 Februari 2010

Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan ialah kata yang menggambarkan kata bilangan yang sesuai dengan kuantiti, jumlah, bilangan sesuatu perkara (objek, manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain lagi).
Contoh : sekepul, sekumpulan, sebuah, sebutir, secekak,segenggam, segugus.

Latihan:Pilih penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

1. Terdapat..................(sekepul,segugus) kepulauan kecil berhampiran Tanah Semenanjung Malaysia.
2. Adam baharu sahaja menaburkan....................(segenggam, secekak) beras untuk anak-anak ayam yang baharu sahaja menetas di belakang rumahnya.
3. Harga.......................(sebutir, seguni) beras pada masa kini ialah RM 250.
4. Puan Alina memegang......................(secekak, sekawan) pucuk ubi kayu yang dipetiknya dari kebun Pak Salim.
5. Encik Nabil membeli beberapa .................... (kajang, gulung) atap untuk dibuat reban ayam yang baharu.
6. Naylisha memasukkan beberapa...............(biji, ketul) air batu ke dalam minumannya.
7. Sebanyak dua.....................(gerombolan, ketumbukan) pengakap sekolah telah dihantar oleh Cikgu Hanim untuk menyertai kem kecergasan fizikal.
8. Terdapat beberapa...................(rumpun, batang) serai yang tumbuh subur di belakang rumah mak cik Siti.
9. Beberapa....................(tongkol, jongkong) jagung telah dibeli oleh Wafiy untuk diberikan kepada adik-adiknya.
10. Faiz dan Usaimin makan beberapa.......................(batang, cucuk) sate semasa jamuan akhir tahun itu.
11. Baju pasangan pengantin itu telah dijahit dengan beberapa..............(bilah,butir) manik supaya kelihatan lebih menarik.
12. ........................(sebatang, segugus) rambutan telah dipetik oleh adik untuk diberikan kepada ibu.
13. Adik makan sebanyak dua..............(kepal, biji) nasi sahaja kerana tidak berselera untuk makan.
14. Untuk memagar kawasan rumah, Pak Shahrul memerlukan lima ..................(gelung, gulung) dawai.
15. Sebanyak tujuh ..................( gemal, kaki)lidi berjaya disiapkan oleh Anisah dalam tempoh masa 2 jam.

Kata Seru

Kata seru digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti situasi gembira, sedih, sakit , hairan, marah, terkejut, bangga dan lain-lain lagi
Contoh-contoh kata seru: Aduh, Cis, Amboi, Cis,Nyah,Ceh, Eh, Oh, Wah, Wahai, Aduh, Aduhai, Nah, Hai, Ah, Hai dan Syabas.
Penggunaan Kata Seru: Hendaklah diletakkan tanda koma (,) selepas kata seru dan tanda seru (!) di hujung ayat.
Contoh: Nah, ambil duit ini!

Latihan : Pilih kata seru yang bersesuaian berdasarkan konteks ayat yang diberi.
1. ........................................... , rupa-rupanya dialah yang membongkar rahsia itu!
2. ....................................... , cantiknya baju yang dipakai oleh Zahra!
3. ..................................... , malang sungguh nasibku! Sudahlah kakiku luka, habis semua barang berharga dilarikan peragut.
4. ................................ , menyesal aku menolongnya! senyum pun tidak inikan pula hendak mengucapkan terima kasih kepadaku.
5. ............................ , sudah berminggu aku menunggu panggilan telefon daripada kamu! Baru hari ini kamu menelefon aku.
6. ................................. , bukan ke semalam kamu dah siap membuat lukisan itu! Kenapa nama kamu dipanggil oleh cikgu hari ini?
7. ....................... , sudah dua kali aku masuk tandas kerana sakit perut! Tapi ia masih memulas-mulas.
8. .................... , malas aku nak ke kedai! biarlah ibuku marah pun aku tak peduli.
9. ..................... , berani kamu menghina nama ibuku!
10. ........................ , kamu telah berjaya mendapat 5 A!

Selasa, 23 Februari 2010

Apa itu Seloka?

Klik http://id.wikipedia.org/wiki/seloka
Selamat mencuba...

Kata sendi


Sila Klik http://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksendi.htm

BACA dan Fahami................

Penerangan kata hubung

Sila klik http://www.tutor.com.my/stpm/kata%20hubung/kata_hubung.htm untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KATA HUBUNG.
SELAMAT MENCUBA

Intervensi 2 (2010) - BM

Senarai murid 6 Ino yang mendapat A...TAHNIAH!!!!
Bm- Pemahaman
1. Rona Rhaudah
2. Mohd Harraz Hanafiah
3. Muhd Iqmal Nasir
4. Muhd Faiz Kasman
5. Abdul Rahman Daud
6. Azizul Arif
7. Afzalina Syahkirah

BM - Penulisan
1. Afzalina Syakirah

Contoh Folio BM (2009)

SENARAI SEMAK PELAKSANAAN TUGASAN FOLIO
Mata pelajaran BAHASA MALAYSIA TAHUN 6/2009


TAJUK TUGASAN : PERIBAHAHASA, KATA BANYAK MAKNA ,ULASAN & SAJAK

Bahagian Kandungan Contoh Tempoh pelaksanaan Tanda Tangan
Pendahuluan/
Kandungan *Nama sekolah
*Tajuk
*Kelas
*Guru
6 Mei 2009

Bahagian A

Perumpamaan
Senaraikan 30 kata perumpamaan berserta dengan maksudnya sekali.

Contoh:
Bagai anjing dengan kucing – Sentiasa wujud pertengkaran /pertelingkahan setiap kali bertemu.


7-10 Mei 2009

Bahagian B

Kosa kata banyak makna
Senaraikan 20 kosa kata banyak makna serta bina beberapa ayat bagi membezakan penggunaannya.
(sekurang-kurangnya 2 ayat) Contoh: lebat
1. Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat berlaku di Cheras.
2. Pokok rambuatan itu berbuah lebat.
3. Penyanyi itu lebat dihujani pertanyaan kerana kejayaannya mencipta nama di luar Negara.

10-12 Mei 2009

Bahagian C

Kata kerja
Bina 10 ayat yang sesuai dengan menggunakan
kata kerja yang dipilih.
Contoh : Menanam
Pak Mat menanam sebaris pokok pisang di kebunnya.
(Murid perlu membina ayat majmuk)


13-16 Mei 2009

Bahagian D

Memetik pengajaran Baca sebuah buku cerita ( Bahasa Malaysia), tuliskan pengajaran atau nilai yang kamu perolehi
*Nyatakan tajuk, pengarang penerbit dan bilangan muka surat.
- Pengajaran/ nilai yang boleh diteladani
17-19 Mei 2009

Bahagian E

Sajak Hasilkan sebuah sajak yang bertemakan nasihat/harapan/impian
Sajak tidak boleh diciplak daripada mana-mana sumber
20-21 Mei 2009

PENUTUP • Kesimpulan
• Penghargaan
22 Mei 2009

• HASIL KERJA PERLU DITAIP DENGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER DAN SERAHKAN KEPADA GURU MATA PELAJARAN
• SEBAHAGIAN HASIL KERJA YANG TELAH DISIAPKAN BOLEH DIHANTAR LEBIH AWAL UNTUK SEMAKAN.
• TARIKH AKHIR FOLIO : 25 MEI 200 9 (HANTARAN AWAL AMAT DIALU-ALUKAN)

Karangan bentuk berita

AIR HITAM , Rabu – Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Jerlun, Amir Ahmad 11 tahun, telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar kerana menghidap penyakit taun.
Menurut pegawai perubatan hospital tersebut, Doktor Badrul Hayat pada mulanya Amir mendapat rawatan di Klinik Air Hitam. Dia dibawa oleh ayahnya ke klinik itu setelah didapati muntah-muntah dan cirit-birit.
“Saya diberitahu oleh Encik Ahmad bahawa anaknya muntah-muntah dan cirit-birit selepas makan mi rebus di warung yang berdekatan dengan rumahnya. Air sungai yang tercemar mungkin digunakan untuk merebus mi itu, “ kata Doktor Badrul Hayat.
Beliau juga menegaskan bahawa kes tersebut adalah yang kedua sejak berlakunya kemarau di negeri itu dua bulan yang lalu. Dalam kes pertama, seorang lelaki tua meninggal dunia setelah seminggu menghidapa penyakit tersebut.
Doktor Badrul menggesa orang ramai mendapatkan rawatan sebera jika mereka mengalami tanda-tanda dijangkiti kuman taun.
“ Sebaik-baiknya gunakanlah air bersih yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air sepanjang musim kemarau ini. Air sungai atau air perigi dapat digunakan juga. Tetapi masaklah air tersebut lebih dulu sebelum diminum atau sebelum digunakan untuk membasuh makanan, ” kata beliau lagi.

HASIL KERJA PELAJAR

KARANGAN INI DITULIS OLEH PElAJAR 6B TAHUN (2001)


Kepentingan Disiplin


Disiplin selalu disebut-sebut di kalangan murid serta guru. Apakah disiplin itu? Secara umumnya disiplin dipanggil latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri tetapi di sekolah disiplin bermaksud kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Disiplin wujud di kalangan pelajar untuk melatih mereka mematuhi peraturan yang telah pun ditetapkan oleh pihak sekolah. Perkara buruk dapat dibendung melalui peraturan. Disebabkan itulah peraturan perlu dipatuhi dan didisiplinlah pengajar yang sesuai untuk membentuk sikap mematuhi peraturan.
Selain itu, disiplin merupakan sebuah dinding yang menghalang pelajar dengan perkara yang tidak baik bertemu.
Jadi, disiplin perlu dilatih di dalam diri pelajar.
Disiplin juga dapat membentuk sahsiah murid. Sahsiah diri penting untuk membentuk tingkah laku yangt baik. Contoh sahsiah diri yang baik ialah menghormati guru-guru dan murid-murid yang lebih tua.
Nama baik sekolah juga dapat dijaga melalui disiplin. Tingkah laku murid penting demi nama baik sekolah bukanya tingkah laku guru. Seperti kata guru-guru, “ Disiplin murid mencerminkan peribadi sekolah,”.
Disiplin memang tidak dinafikan sebagai perkara yangf amat penting. Jadi, pentinglah disiplin dipupuk bukan sekadar di dalam diri para pelajar malah di dalam diri para guru.



Di karang oleh:
Adila Azyan
6 bestari

Latihan Bahagian C

Tuliskan pengajaran yang diperoleh daripada pantun di bawah, tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Penduduk ramai berbilang bangsa,
Beramah mesra amalan semua,
Hormat menghormati secara rela,
Budi bahasa pengukuh budaya.

Bersulam emas baju kebaya,
Dipakai kenduri nampak ceria,
Walaupun berlainan resam budaya,
Kita tetap hidup bahagia.

Adat resam amalan berzaman,
Budaya bangsa terus berkekalan,
Hidup bermuafakat menjadi amalan,
Itulah teras negara aman.

Anjak sauh haluan kemudi,
Kapal belayar ke Pulau Angsana,
Bangsa teguh bersendikan budi,
Budi tergadai runtuhlah bangsa

Bina ayat

Gunakan penjodoh bilangan di bawah berdasarkan objek yang bersesuaian, kemudian bina ayat kamu sendiri.

gelung gulung kajang lembar

secekak secubit serumpun segenggam sepuntung sepangsa

sebutir

Kata Ganda (part 2)

Pilih Kata Ganda Yang Sesuai

1. …………………………. Basikal itu perlu diganti kerana patah.
(kekisi, kekuda, jejari, bebola)

2. ………………………….telinganya sudah
rosak sebab itu dia tidak dapat mendengar .
(Cecuping, gegendang, Dedaun, sesiku)

3. Tiga buah …………………………… didirikan bagi menjamu tetamu yang datang ke majlis perkahwinan.
( bebalai, bebola, tetangga, kekuda)

4. Longkang yang kotor itu penuh dengan……………..
(sesumpah, jejentik, dedaun)

5. ………………………….. di bilik kakak telah pun diganti dengan yang baru.
(Tepupai, Sesiku, Lelangit, Kekuda)

6. Zamri melayan……………………yang berkunjung ke rumahnya.
(Tetupai, tetamu, bebuli,kekabu)

Kata Imbuhan

Bahagian D: Isikan tempat kosong dengan perkataan imbuhan yang betul.

Sepanjang empat hari di sini kami ………………(rasa) gembira. Layanan daripada saudara ………………….(kalian) sungguh…………………………….(kagum). Kami ………………………(hutang) budi kepada saudara sekalian.
………………………………………. (bagai) peristiwa manis dan pengetahuan dapat ………………..(kumpul) . Semuanya sungguh …………………………(makna) dan …………………..(guna) kepada kami.

Kata ganda..

Bahagian B
Bentukkan kata ganda berimbuhan berdasarkan kata-kata dalam petak.

Senarai jawapan : bongkok ,tulang, bunga, kebil,
dengki, hati, tinggi, ronta

1. Sang Kancil ………………………………. untuk melepaskan kakinya yang terjerat itu.
2. Jangan amalkan sikap …………………………………….. .
3. Mereka menemukan ………………………………haiwan di dalam gua itu.
4. ……………………………….lah ketika berbasikal di jalan raya.
5. ……………………………….terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau.
6. Orang tua itu berjalan ………………………………
7. Taman itu dipenuhi ……………………………yang cantik dan mewangi.
8. Matanya………………………………..apabila terpandang akan makhluk ganjil itu.

Latihan Tanda Baca

Salin semula petikan di bawah dengan menggunakan huruf dan tanda baca yang betul.

Kuala lumpur isnin: sultan azlan muhibbuddin shah ibni almarhum sultan yusuf telah ditabalkan sebagai yang dipertuan agong yang kesembilan istiadat pertabalan yang gilang gemilang ini berlangsung di balairung seri istana negara
istiadat itu dihadiri oleh 690 orang kenamaan dan pembesar negara termasuk raja-raja yang dipertua negeri kerabat diraja pemimpin kerajaan dan undangn khas dari luar negara.
Istiadat dimulakan dengan tiupan nafri iaitu menandakan keberangkatan masuk yang dipertuan agong ke balairung seri serentak itu lagu nobat raja berangkat dimainkan . datuk paduka maharajalela mendahului dengan membawa alat-alat kebesaran
Selepas melafazkan ikrar dibaca lagu nobat raja bertabal pun dimainkan Datauk paduka maharajalela akan melaungkan daulat tuanku sebanyak tiga kali diikuti oleh rakyat jelata tembakan meriam kan dimainkan sebanyak 21 kali serta dimainkan lagu negaraku

Latihan Mudah

Bahagian C : Isi tempat kosong dengan kata yang paling sesuai.

dihiraukan dirasmikan disampaikan diserahkan dirosakkan dikeringkan dihilangkan diselesaikan dibiarkan dibesarkan


1. Majlis sukan itu …………………......………pelancarannya oleh Pegawai Daerah.
2. Nasihat saya tidak ………......…………………oleh budak-budak itu.
3. Kain Itu………………………....………..kering di jemuran.
4. Budak itu ……………………........………… oleh neneknya.
5. Telefon awam itu ……….........…………….oleh budak-budak nakal.
6. Bahan-bahan itu ……………………........…… sebelum diproses menjadi ubat.
7. Kotoran pada kain ini tidak dapat…………...........……………………………..
8. Dompet yang dijumpai itu …………….......….. kepada Guru Besar.
9. Masalah itu dapat ………………........……….. dengan bantuan ayah.
10. Ucapan itu ……………………........……..oleh ketua pengawas.

Isnin, 22 Februari 2010

Extinct Species...



Do you know........ about Mammoth ????


explore about Mammoth.....




Dodo Bird


Force and Friction

All about Force and Friction.......
Read these webs:
1. http://library.thinkquest.org/10796/ch4/ch4.htm
2. http://en.wikipedia.org/wiki/force
Good Luck.........

Learn Something....

For 6 Bestari, 6 Cemerlang and 6 Kreatif......... do this exercise....

Click http://www.tutor.com.my
Go to E-Tuisyen - UPSR- Science -2009- ujian diagnostik (Januari)
Record your marks in Chatbox or comment.( Dont forget to write down your name , class and mark)
Good Luck!!!!!

Latihan dalam web (Diagnostik Januari 2009)

Sila klik : http://www.tutor.com.my/ buat latihan yang berikut :
E-Tuisyen , UPSR Bahasa Melayu, pilih 2009 , Ujian Diagnostik (Januari).

Setelah selesai rekodkan markah anda dalam ruangan mesej /Ulasan atau Chat Box(jangan lupa taipkan nama dan kelas anda).

SELAMAT MENCUBA......MOGA BERJAYA..........................

Format Mudah bahagian C (Kertas 2)


Jika anda masih belum menguasai bahagian C, sila gunakan cara mudah sebagai langkah menulis nilai dan pengajaran untuk bahagian C (Kertas 2).


Format 1


Antara nilai-nilai dan pengajaran yang boleh kita contohi ialah sikap .............sikap 1.........( rajin )atau..............(tekun)berusaha supaya kita........................................ contohnya...................................... Selain itu, kita perlu mengamalkan sikap .....................sikap 2....................... agar kita menjadi.................................................................. seperti............................................. Di samping itu sikap.......................sikap 3...............patut kita contohi kerana ia.............................................. umpamanya............................... . Seterusnya, sikap ...... sikap 4..... harus kita teladani agar mendidik kita menjadi.................seperti.................. Akhirnya, sikap ......sikap 5..... wajar kita ikuti agar...............................contohnya........................ Nilai-nilai dan pengajaran-pengajaran ini patut kita amalkan agar menjadikan kita seorang yang baik dan berhemah tinggi.


Peringatan : Bagi setiap nilai, cari persamaan nilai yang telah anda cari untuk dituliskan dalam bahagian C, contohnya :
1. rajin dan tekun berusaha.
2.berbudi bahasa atau bersopan santun,
3. menolong dan membantu.
4. bertanggungjawab dan perihatin,
5. belas kasihan dan bersimpati.
6. patriotisma atau semangat cintakan negara.
7. bekerjasama atau saling membantu.
8. menghormati atau menyanjung.
9. berdikari atau tidak bergantung kepada orang lain.
10. berazam,bertekad atau bercita-cita.
dan lain-lain lagi........................
Pastikan untuk contoh, berdasarkan dalam petikan!!!!

Karangan 2 ( Melengkapkan/ Menyambung Cerita)

Tuliskan sebuah karangan dengan melengkapkan atau menyambung cerita di bawah.


Hujan semakin lebat, aku lihat di luar rumahku air mulai bertakung. Kebimbangan mula melanda hatiku. Teringat aku akan ibu bapaku yang tiada di rumah. Aku keseorangan, abang dan kakakku masih belum pulang dari sekolah. Hari pun semakin gelap,tiba -tiba aku terdengar bunyi yang pelik dan kuat yang datangnya dari arah dapur. Aku pun cepat-cepat......

Karangan 1 (Fakta)

Sila tulis karangan berbentuk fakta berpandukan isi-isi yang berikut.


Tajuk : Kebaikan Bersukan

Pendahuluan- Apa yang dimaksudkan bersukan ? ( Bersukan ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal yang bertujuan untuk mengekalkan kesihatan yang baik)


Kebaikan Bersukan:

Isi 1- Menyihatkan tubuh badan dari aspek kesihatan fizikal, mental (pemikiran) dan emosi.

Isi 2- Mampu mendisiplinkan diri ( mengikut jadual dan peraturan yang betul)

Isi 3 - Mengelakkan daripada aktiviti tidak sihat/gelaja negatif seperti melepak dan membuang masa.

Isi 4 - Membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan ketika bersukan seperti bekerjasama, semangat berjuang dan tidak mudak berputus asa.

Penutup : Beri kesimpulan anda tentang kebaikan bersukan.