AIR HITAM , Rabu – Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Jerlun, Amir Ahmad 11 tahun, telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar kerana menghidap penyakit taun.
Menurut pegawai perubatan hospital tersebut, Doktor Badrul Hayat pada mulanya Amir mendapat rawatan di Klinik Air Hitam. Dia dibawa oleh ayahnya ke klinik itu setelah didapati muntah-muntah dan cirit-birit.
“Saya diberitahu oleh Encik Ahmad bahawa anaknya muntah-muntah dan cirit-birit selepas makan mi rebus di warung yang berdekatan dengan rumahnya. Air sungai yang tercemar mungkin digunakan untuk merebus mi itu, “ kata Doktor Badrul Hayat.
Beliau juga menegaskan bahawa kes tersebut adalah yang kedua sejak berlakunya kemarau di negeri itu dua bulan yang lalu. Dalam kes pertama, seorang lelaki tua meninggal dunia setelah seminggu menghidapa penyakit tersebut.
Doktor Badrul menggesa orang ramai mendapatkan rawatan sebera jika mereka mengalami tanda-tanda dijangkiti kuman taun.
“ Sebaik-baiknya gunakanlah air bersih yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air sepanjang musim kemarau ini. Air sungai atau air perigi dapat digunakan juga. Tetapi masaklah air tersebut lebih dulu sebelum diminum atau sebelum digunakan untuk membasuh makanan, ” kata beliau lagi.
Selasa, 23 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan